Aktiviti

Surau Raudhatul Firdaus melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan Rohani dan Jasmani Penduduk Alam Budiman. Penduduk Alam Budiman semakin menigkat dari masa ke semasa namun aktiviti tetap diteruskan seperti biasa. Bagi aktiviti yang berbentuk Rohani, Kelas Mengaji Al-Quran, Tadarus, Tadabbur, Tazkirah, Kuliah dan lain-lain sering diadakan di Surau ini. Surau menjemput Ustaz yang berkaliber bagi memastikan ilmu yang disampaikan benar-benar memberi manfaat kepada penduduk.